Page 19 - Bulletin_8.indd
P. 19
PERISTIWA 19
Timbalan Menteri Hal Ehwal
Ugama Brunei Darussalam
menyambut kunjungan hormat
delegasi UIM
18 Februari 2016, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam telah menerima kunjungan hormat
daripada delegasi UIM yang diketuai oleh Prof. Dr Mohamad Abdul Hamid, Dekan Bahagian Akademik dan Perhubungan
Antarabangsa. Kunjungan ini telah disambut dan diraikan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Yang Mulia Dato
Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.
Perjumpaan bersama Yang Mulia Timbalan Menteri tersebut turut membincangkan cadangan kerjasama antara UIM
dengan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) serta Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) dalam masa
terdekat.
Turut serta dalam kunjungan ini ialah Prof. Dato’ Dr Noor Inayah, Pengarah GWA, En. Mohd Sholihin Mohamad, Timbalan
Pendaftar Akademik dan Penyelidikan dan Tn. Syed Muhammad Firdaus daripada Unit Perhubungan Antarabangsa dan
Kolaborasi.