Page 16 - Bulletin_8.indd
P. 16
16 PERISTIWA
PENGISYTIHARAN
KURSI KESEJAHTERAAN
UIM
antan Naib Canselor Universiti
Malaysia Terengganu, Prof Emeritus
MDatuk Dr Sulaiman Md Yassin telah
dianugerahkan dengan pelantikan sebagai
penyandang Kursi Kesejahteraan Universiti
Islam Malaysia (UIM) yang pertama oleh
Presiden UIM, Tan Sri Prof. Dr. Mohd Yusof Noor
pada tanggal 29 Januari 2016, bersamaan 19
Rabiulakhir 1437.
Bekas felo penyelidik utama di Institut Pengajian Sains
Sosial, Universiti Putra Malaysia, Prof Emeritus Datuk
Dr Sulaiman Md Yassin pernah berkhidmat sebagai
perunding di lebih 16 buah negara.
Kursi Kesejahteraan ini adalah kursi yang julung kali
diwujudkan di dalam negara dan merupakan kursi
tajaan pertama oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).
Penubuhan kursi tersebut bertujuan mempromosikan
dan menyokong penyelidikan dalam bidang
kesejahteraan yang semakin meluas serta menyeluruh.
Selain itu, penyandang kursi juga akan mengeluarkan
bahan penerbitan, menganjurkan seminar dan
menawarkan kursus-kursus siswazah yang relevan.
Antara manfaat yang diperoleh daripada penubuhan
kursi ini adalah pelonjakan nama UIM sebagai salah
satu institusi terulung dalam bidang penyelidikan
kesejahteraan dan menjadi sumber rujukan bagi
maklumat, data dan indeks kesejahteraan.
Konsep kesejahteraan merupakan penanda aras
yang dapat menggambarkan keadaan kehidupan
masyarakat secara lebih menyeluruh berbanding hanya
bergantung kepada ukuran Kelauran Dalam Negara
Kasar (KDNK) dan pendapatan per kapita.
Secara asasnya, pendapatan yang tinggi bukan jaminan
kesejahteraan. Justeru, kajian ini dapat mengukur tahap
kesejahteraan rakyat yang sebenar melalui indeks ini
dan dijangka disiapkan hujung tahun ini.