Page 17 - Bulletin_8.indd
P. 17
PERISTIWA 17
TAKLIMAT PROGRAM AKADEMIK DAN
PENYELIDIKAN BERSAMA MAJLIS AGAMA
ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP)
elegasi UIM yang diwakili oleh Bahagian Akademik
dan Perhubungan Antarabangsa dan Global Wisdom
DAcademy (GWA) telah mengadakan kunjung hormat
ke Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada 18
Januari 2016. Kunjung Hormat ini juga bertujuan menyampaikan
taklimat program pengajian, penyelidikan dan menjalinkan
kerjasama bersama MAINPP.
Kedatangan mereka disambut dan diraikan oleh Pengurus
Baitulmal, Puan Putri Irhanan Sapeli beserta ketua-ketua
bahagian yang lain. Majlis ini juga turut dihadiri oleh dua orang
pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau
Pinang (JHEAIPP), Encik Aizat Abu Bakar dan Mohd Fazly Bin
Mohd Zaki.
Taklimat dimulakan oleh Pengarah GWA, YBhg. Prof. Dato’
Dr Noor Inayah Yaakub dan diselitkan juga tayangan video
berkaitan sejarah penubuhan serta aktiviti UIM.
Seterusnya, taklimat dan penerangan mengenai program
pengajian yang ditawarkan di UIM diteruskan oleh Dekan
Bahagian Akademik dan Perhubungan Antarabangsa, Prof. Dr
Mohamad Abdul Hamid.
Majlis yang diakhiri dengan sesi soal jawab dan pertukaran
cenderamata.