Page 8 - bulletin_9.indd
P. 8

08  SEGMEN KHAS




             PELANTIKAN PROFESOR KANAN DAN KETUA ‘SCHOOL OF HERITAGE AND
             CIVILIZATION’ UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA



                                                        Pada 1 September 2016, warga UIM dengan berbesar hati telah
                                                        melantik YBhg. Tan  Sri Profesor  Datuk  Wira  Dr. Abdul  Latiff  Abu
                                                        Bakar sebagai Profesor Kanan dan Ketua ‘School of Heritage and
                                                        Civilization’.
                                                        YBhg.  Tan Sri Profesor Datuk  Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar
                                                        dilahirkan pada 1 November 1952, mempunyai kelulusan PhD.
                                                        Sejarah/Media dan pernah berkhidmat selama lebih 30 tahun di
                                                        beberapa universiti terkemuka tempatan seperti Universiti Malaya,
                                                        Universiti Pendidikan Idris dan Universiti Malaysia Kelantan.

                                                        Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang Komunikasi dan Media
                                                        (Warisan), Sejarah, Adat dan Sosio Budaya (Warisan Peradaban
                                                        Melayu) dan Biografi & Isu-isu Semasa (Malaysia).
                                                        Dengan pelbagai penganugerahan yang diterima dan pelbagai
                                                        kegiatan dan sumbangan kepada masyarakat dan negara,
                                                        selayaknya YBhg. Tan Sri Profesor Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu
                                                        Bakar dilantik dengan jawatan Profesor Kanan dan Ketua ‘School of
                                                        Heritage and Civilization’ di UIM demi mencapai misi dan visi UIM.

                                                        Antara sumbangan istimewa beliau adalah membantu membina
                                                        dan meningkatkan imej Universiti Malaya melalui kegiatan-kegiatan
                                                        akademik dan NGO di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,
                                                        bersama-sama  mewujudkan  kecemerlangan  dan  citra negara
             dalam usaha membangun dan membina negara bangsa Malaysia sejak tahun 1975 hingga sekarang.
             Pengalaman beliau dalam bidang pendidikan merupakan kunci utama dalam merealisasikan matlamat UIM bagi
             mendidik dan menyelia di peringkat sarjana dan PhD, disamping menghimpun para ilmuwan yang berminat mengkaji
             warisan kebijaksanaan Melayu dan Islam dan membuat perbandingan dengan ilmuan warisan peradaban di dunia.
             Selain itu, pengalaman beliau dalam organisasi kerajaan seperti Institut Seni Malaysia Melaka, Dewan Bahasa dan
             Pustaka, Yayasan Warisan Negara, Perbadanan Muzium Melaka dan Institut Sejarah dan Patriotisme Malaysia, manakala
             badan bukan kerajaan seperti Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Seketariat Dunia Melayu Dunia
             Islam dan Majlis Profesor Negara dapat membantu UIM menjadi universiti yang terkenal di masa hadapan.

             Semoga dengan kehadiran dan semangat yang dibawa oleh YBhg. Profesor Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar menjadi
             pemangkin semangat dan wawasan dalam mencapai matlamat UIM.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13