Page 6 - bulletin_9.indd
P. 6

06  SEGMEN KHAS



             PELANTIKAN DUA BEKAS NAIB CANSELOR MANTAPKAN

             UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA

             Dua bekas Naib Canselor Universiti Awam telah memulakan tugas di Universiti Islam Malaysia (UIM) bermula 1 September 2016.
             Mereka ialah Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda, Mantan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dilantik sebagai Naib
             Presiden (Akademik) UIM manakala, Mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) iaitu Prof. Emeritus Dato’ Dr Sulaiman
             Md Yassin pula dilantik sebagai Pengarah Institusi Kesejahteraan UIM iaitu sebuah institusi yang baru ditubuhkan.

             Presiden UIM, Tan Sri Prof. Dr. Mohd Yusof Noor dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pelantikan kedua-dua tokoh
             akademik adalah berdasarkan kepada pengalaman luas mereka dalam bidang akademik dan penyelidikan serta mempunyai
             kepakaran yang tinggi yang diharapkan dapat memperkasakan UIM.

             Manakala, mengenai penubuhan sebuah institusi yang baru, Tan Sri Prof. Dr. Mohd Yusof Noor memaklumkan bahawa UIM telah
             memutuskan untuk menubuhkan Institusi Kesejahteraan, bertujuan untuk menerokai persoalan mengenai isu kesejahteraan yang
             merupakan satu bidang yang perlu ditangani dengan lebih serius menerusi pendekatan awal kerana ia akan memberikan impak dan
             sumbangan yang besar kepada kesejahteraan sejagat.

             Tambah beliau lagi, dengan langkah yang diambil ini merupakan satu manifestasi ke arah memantapkan UIM sebagai sebuah institusi
             pengajian tinggi yang unggul sesuai dengan tema UIM iaitu ‘Kebijaksanaan Sejagat’.

             Serba sedikit mengenai latar belakang kedua-dua tokoh akademik berkenaan.

             Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda berpengalaman lebih dari 30 tahun dalam bidang akademik mempunyai kelulusan Diploma in
             Banking dari Universiti Teknologi MARA, diikuti dengan Bachelor of Business Administration (BBA) Ohio University, seterusnya Sarjana
             Pengurusan Perniagaan (MBA) dari University of Cincinnati serta Ph.D dalam bidang Perbankan dan Kewangan dari University of
             Manchester, United Kingdom. Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun
             1983 dan kemudiannya berpindah ke USIM pada tahun 2001. Pada tahun 2009, beliau dilantik menerajui USIM sebagai Naib Canselor.

                                                            Prof.Emeritus Dato’ Dr. Sulaiman Md Yassin pula ialah penyandang
                                                            Kursi  Kesejahteraan  UIM-Yayasan  Basmi  Kemiskinan  (YBK).  Beliau
                                                            memperolehi  Ijazah Muda Sains Pertanian  dari Universiti  Malaya,
                                                            Ijazah Sarjana Communication Arts dan PhD dalam Extension
                                                            Education & Communication dari Cornell University, Amerika Syarikat.
                                                            Prof.Emeritus Dato’ Dr. Sulaiman Md Yassin memulakan karier sebagai
                                                            pensyarah pada tahun 1972 dan dilantik sebagai Profesor Madya pada
                                                            tahun 1981, Profesor pada tahun 1987 dan seterusnya dianugerahi
                                                            Professor Emeritus pada tahun 2010. Kepakaran beliau dalam bidang
                                                            kesejahteraan diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
                                                            apabila diberikan kepercayaan untuk terlibat di dalam pelbagai projek
                                                            bersama Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ASEAN dan
                                                            Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor (YBK). Sebelum dilantik sebagai
                                                            Naib Canselor UMT pada tahun 2007, beliau juga pernah menjawat
                                                            jawatan Dekan,  Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah
                                                            (UMS), Dekan dan Ketua Penyelidik di Universiti Pertanian Malaysia
                                                            (UPM) serta  Timbalan Rektor di Kolej Universiti Sains dan Teknologi
                                                            Malaysia (KUSTEM) Terengganu.



             PELANTIKAN NAIB PRESIDEN (AKADEMIK) UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA


             Universiti Islam Malaysia telah melantik YBhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda sebagai Naib Presiden (Akademik) berkuatkuasa 1
             September 2016. Pelantikan ini adalah bagi memenuhi tuntutan keperluan akademik UIM yang semakin berkembang. Naib Presiden
             (Akademik) bertanggungjawab bagi memastikan pembangunan program akademik dan program pembangunan eksekutif (EDP)
             yang  ditawarkan  sentiasa selari dengan  aspirasi  yang telah  ditetapkan  oleh  UIM dan  Kementerian  Pendidikan Tinggi disamping
             menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran yang telah berjalan di UIM. Selain itu, Naib Presiden (Akademik) juga akan
             menyediakan kepimpinan yang berkualiti dari sudut akademik bagi membantu bersama-sama mencapai Visi dan Misi UIM serta
             meningkatkan proses jaminan kualiti akademik UIM selaras dengan matlamat UIM untuk menawarkan program-program akademik
             yang berkualiti bagi memenuhi aspirasi pendidikan tinggi negara dalam masa yang sama meningkatkan pencapaian UIM bukan
             sahaja di peringkat nasional, malah antarabangsa.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11