Page 7 - bulletin_9.indd
P. 7

SEGMEN KHAS 07




             Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda dilahirkan pada 16 November 1955, di Kuantan,
             Pahang. Beliau berkelulusan Ph.D dalam bidang Perbankan dan Kewangan
             dari University of Manchester, United Kingdom (1993), Master in Business
             Administration (MBA) (1984) dari University of Cincinnati, Bachelor of Business
             Administration (BBA) (1979) dari Ohio University serta Diploma in Banking dari
             UiTM (1977). Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun dalam bidang
             pendidikan tinggi bermula di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun
             1983, kemudian berpindah ke USIM pada tahun 2001 hingga Ogos 2016 dan kini
             di UIM (September 2016).
             Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda memulakan kerjaya di USIM sebagai Dekan
             Fakulti Ekonomi & Muamalat bermula tahun 2001 hingga 2007. Beliau juga
             memainkan peranan penting dalam penubuhan Fakulti Ekonomi dan Muamalat
             USIM. Seterusnya beliau dilantik sebagai  Timbalan Naib Canselor Akademik
             dan Antarabangsa sehingga 31 November 2009, sebelum dilantik sebagai Naib
             Canselor USIM yang kedua menggantikan YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji
             Abdul Shukor bin Haji Husin berkuatkuasa Disember 2009 hingga November 2012.
             Sebagai Naib Canselor USIM, beliau meletakkan fokus dan matlamat untuk
             memastikan USIM menjadi sebuah institusi ilmu yang melahirkan mahasiswa yang
             holistik sifatnya dalam konteks kepimpinan di dalam pelbagai bidang dan berdaya saing yang tinggi. Beliau memegang prinsip “We
             are a human development institution, we educate students and mould them into a noble human resource for the next generation leaders.”

             Idea-idea berdasarkan pengalaman beliau amat ditagih di UIM agar dapat membantu pembentukan generasi yang cemerlang dan
             masyarakat berilmu selaras dengan visi UIM yang menggabungkan konsep ilmu pengetahuan dan hikmah (wisdom) bagi melahirkan
             golongan ilmuan dan pemikir yang seimbang.


             NAIB PRESIDEN PEMBANGUNAN DAN TUGAS-TUGAS KHAS


                                                                  Warga Universiti Islam Malaysia mengucapkan sekalung
                                                                  tahniah dan syabas kepada Datuk Muhamad Haitamin Ishak
                                                                  kerana  telah  dilantik  sebagai  Naib  Presiden  Pembangunan
                                                                  dan Tuas-tugas Khas mulai 1 Ogos 2016.

                                                                  Beliau dilahirkan pada 31 Disember 1956 di Sabak Bernam,
                                                                  Selangor dan berkelulusan Sarjana Muda Sastera dengan
                                                                  kepujian dari Universiti Malaya serta Sarjana Sains Pentadbiran
                                                                  dan Pembangunan Tanah dari Universiti Teknologi Malaysia.

                                                                  Beliau  memulakan kerjaya dalam  perkhidmatan  Pegawai
                                                                  Tadbir dan Diplomatik (PPTD) sebagai Penolong Pegawai
                                                                  Daerah (Tanah) Klang pada tahun 1983. Seterusnya bertukar
                                                                  ke Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Shah Alam sebagai
                                                                  Timbalan Pendaftar Hakmilik, Selangor pada tahun 1989.
                                                                  Pada tahun 1995, dilantik sebagai  Timbalan Pengarah
                                                                  Pengurusan  di  Unit  Pembangunan  Putrajaya,  Jabatan
                                                                  Perdana Menteri dan seterusnya dipinjamkan ke Perbadanan
                                                                  Putrajaya sebagai  Timbalan Pengarah Pentadbiran  Tanah
                                                                  pada tahun 1996.
                                                                  Pada tahun 1998, beliau  telah menyertai perkhidmatan
                                                                  di Perbadanan Putarajaya sebagai  Timbalan Pengarah
             Pentadbiran Tanah dan Penilaian. Kemudiannya sebagai Timbalan Pengarah Perancangan Strategik. Pada tahun 2007, telah dilantik
             sebagai Pengarah Perkhidmatan Korporat dan kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Korporat. Pada
             tahun 2015 beliau telah ditukarkan ke jawatan Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Bandar. Beliau bersara pilihan pada awal Januari
             2016 dan menyertai UIM pada awal ogos 2016.

             Datuk Muhamad Haitamin Ishak telah dikurniakan Pingat Pekerti Terpilih (PPT) pada tahun 1994, Kesatria Mangku Negara (KMN)
             pada tahun 2004 dan Pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) pada tahun 2010. Beliau juga aktif menceburkan diri dalam pelbagai
             pertubuhan serta persatuan dan memegang jawatan sebagai Presiden Alumni Kolej Islam Klang (ALKIS), Naib Presiden Persatuan
             Professional Hartanah Malaysia (PERTAMA), Ahli Jawatankuasa Kelab Tasik Putrajaya dan Pengerusi Surau An-Najah Presint 9 Putrajaya.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12