Page 21 - bulletin_7.indd
P. 21
// Peristiwa
Program Hi-Tea
Pelajar UIM
atu program Hi-Tea Pelajar
bersama Presiden UIM telah
Sdiadakan dengan jayanya pada
15 Disember 2015 (Selasa) bermula
jam 4.00 petang anjuran Akademik
dan Perhubungan Antarabangsa yang
diketuai oleh YBhg. Prof. Dr Mohamad
Abdul Hamid sebagai Dekan. Program
ini telah disertai oleh pelajar siswazah
UIM, penyelia dan pensyarah dan turut
disertai oleh YBhg Tan Sri Prof. Dr Mohd
Yusof Noor, Presiden UIM; YBhg. Prof.
Dato’ Dr Abdul Monir Yaacob, Naib
Presiden UIM; dan juga pengurusan
kanan UIM.
Program Hi-Tea ini diadakan bertujuan merapatkan
lagi hubungan pelajar bersama penyelia, pensyarah
dan juga pihak pengurusan UIM selain mengeratkan
silaturrahim antara satu sama lain. Program ini
dijangkakan akan diadakan pada setiap semester
dengan menjemput semua felo-felo UIM selari dengan
pertambahan pelajar siswazah.
UIM Bulletin 21