Page 19 - bulletin_7.indd
P. 19

// Peristiwa




            UIM menghargai sumbangan besar
            empat negara

            UIM merupakan kesinambungan daripada Kolej Islam
            Malaya (KIM) yang ditubuhkan pada 8 April 1955
            dengan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu pada masa
            itu. Penubuhannya merupakan satu perjuangan dan
            lambang kesatuan umat Islam di seluruh dunia pada
            ketika itu yang melihat kepada keperluan mendesak
            satu institusi pengajian tinggi yang memberikan fokus
            kepada ilmu sains dan ilmu agama di Malaysia.
               Sehubungan itu, derma dan sumbangan yang
            dikumpulkan bukan sahaja diterima daripada penduduk
            tempatan, bahkan daripada kerajaan dan tokoh-tokoh
            besar di luar negara termasuklah empat buah negara
            iaitu Arab Saudi, Brunei, Kuwait dan Bahrain.

               UIM mengambil peluang besar sempena 6th
            Muslim World Biz 2015 yang mengumpulkan pelbagai
            tokoh dari dunia Muslim ini, untuk menganjurkan UIM
            Networking Dinner sekali gus menghargai sumbangan
            besar empat buah negara ini dengan menganugerahkan
            The UIM Award of Benevolence kepada keempat-empat
            buah negara ini.



















































                                                                                                    UIM Bulletin  19
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24