Page 18 - bulletin_7.indd
P. 18
//Peristiwa
Peluang UIM menonjol di
mata dunia
Kejayaan pameran perdagangan dan
seminar ini pada tahun-tahun yang
lepas telah mendorong UIM untuk
turut sama memberikan kerjasama erat
dalam menganjurkan acara terkemuka
ini. Pada tahun 2014, acara ini telah
menarik penglibatan rasmi daripada
lebih 30 buah negara, dengan bilangan
pengunjung yang direkodkan sebanyak
12,201 orang datang bagi melihat
sendiri 245 entiti yang mempamerkan
produk dan perniagaan mereka.
Melihatkan peluang yang besar
bagi UIM menonjol di mata dunia
terutamanya dalam kalangan negara-
negara Islam di bawah OIC, UIM secara
rasminya menjadi rakan strategik
kepada penganjuran 6th Muslim World
Biz 2015.
UIM telah menggunakan
peluang dan ruang yang diberikan
untuk mempamerkan kelebihan
dan kekuatan UIM sebagai universiti
pascasiswazah pertama di Malaysia.
Ramai pengunjung yang datang ke
tapak pameran UIM melahirkan rasa
minat dan ingin tahu yang mendalam
mengenai kursus-kursus yang
ditawarkan serta peluang penyelidikan
yang diberikan di UIM. Tidak
kurang juga mereka yang berminat
mengetahui latar belakang dan sejarah
penubuhan UIM yang sangat kaya
dengan semangat dan nilai perjuangan.
UIM turut menerima kunjungan
pelbagai tetamu kehormat seperti
YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir
Baharom, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri; Dato’ Seri Mohamed Nazri
Abdul Aziz, Menteri Pelancongan
dan Kebudayaan Malaysia; YB Dato’
Sri Mustapa Mohamed, Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan
Industri; dan juga YAB Dato’ Seri Hj.
Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar
Kedah Darul Aman.
18 UIM Bulletin