Page 20 - bulletin_7.indd
P. 20
//Peristiwa
UIM Networking Dinner yang
dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Idris
Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi
sekali gus menyampaikan anugerah
tersebut dengan disaksikan oleh
YBhg. Prof. Tan Sri Dr Mohd Yusof
Noor, Presiden UIM kepada wakil-
wakil negara tersebut iaitu Duta
Kuwait ke Malaysia, TYT Saad
Abdullah Saleh A. Al Asousi, Atache
Kebudayaan dan Pendidikan
Brunei; En. Danny Aimi dan Atache
Kebudayaan Saudi Arabia, Dr. Zayed
Ojair AlHarethi, manakala Bahrain
tidak dapat menghantar wakil untuk
menerima anugerah tersebut.
Perkongsian sejarah dan
azam UIM
UIM turut diberi pentas dalam
OIC Higher Education Conference
2015 yang berlangsung selama
dua hari bagi berkongsi sejarah
penubuhan dan perjuangan
menghidupkan semula UIM serta
azam perjuangannya untuk masa
hadapan.
Pemangku Pendaftar UIM, En.
Muhamad Ridzuan Abdul Latif
telah memberikan satu gambaran
jelas mengenai UIM kepada semua
peserta seminar tersebut dan
mengajak kepada semua hadiran
untuk sama-sama mendukung satu
lagi usaha murni dalam melonjakkan
prestasi dan pencapaian pendidikan
negara sekali gus memberi impak
dalam dunia penyelidikan.
20 UIM Bulletin