Page 9 - Bulletin_3.indd
P. 9

P E R I S T I W  A




          Lawatan Kerja



          UIM ke Ireland, United Kingdom





          dan Mesir






                ertujuan untuk meneroka bentuk kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan antara UIM dan
                Universiti dan Institusi di Ireland, United Kingdom dan Mesir, UIM telah merangka lawatan ke negara-
          B negara tersebut. Di samping itu juga, UIM mengambil peluang untuk menjemput pembentang kertas
          kerja International Convention on Wisdom. Delegasi UIM terdiri daripada Presiden, Tan Sri Profesor Dr Mohd Yusof
          Noor, Pengarah Akademi Kebijaksanaan Sejagat, Profesor Dr Noor Inayah Yaakob, Pengarah Perhubungan Awam,
          Dato’ Othman Desa dan Timbalan Pendaftar Pejabat Presiden, Puan Wan Azwati Wan Mohamed.

            LIMERICK, IRELAND


                                                            21 September 2014
                                                            Di Limerick, Ireland, para delegasi bertemu dengan Prof
                                                            Micheal J Morley dan telah dibawa melawat Adare Village.
                                                            Hasil pertemuan dan perbincangan dengan Prof Micheal
                                                            J Morley, Tan Sri Presiden mendapat idea sebuah institusi
                                                            yang terdiri daripada sarjana dunia – “scholarcity” yang hala
                                                            tujunya adalah wisdom.


                                                            22 September 2014
                                                            Delegasi melawat University of Limerick (UL) dan bertemu
                                                            dengan Presidennya Prof Don Barry. Setelah mendapat
                                                            penerangan tentang UL, delegasi dibawa melawat sekitar
                                                            kampus, Kemmy Business School serta Glucksman Library
                                                            yang menempatkan buku-buku lama dari kurun ke 15
                                                            dipulihara dan ditempatkan di bilik yang dikawal suhu dan
                                                            kelembapan yang sesuai agar buku-buku ini tidak rosak






                       Perbincangan bersama Prof. Don Barry


          dimakan usia. Setelah itu, pertemuan dengan Naib
          Presiden (Penyelidikan) University of Limerick, Prof
          Mary Shine serta Dekan Kemmy Business School, Dr
          Philip O’Regan membuahkan hasil di mana Kemmy
          Business School berminat untuk mengadakan
          kolaborasi dengan UIM dari segi penyelidikan
          dalam bidang kewangan Islam dan bidang yang
          berkaitan pengurusan dan kepimpinan sebagai
          satu tujahan penyelidikan I-WAFA.
                                                                        Mercu tanda di pintu masuk Universiti Limerick



                                                                                            U I M  B U L L E T I N  9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14