Page 5 - Bulletin_3.indd
P. 5

F O K U S





                     Majlis Penyerahan Sijil Pendaftaran


                                                                                                UIM



          “Tiada Kata Seindah Bahasa” Hubungan Istimewa
          Kerajaan & Institusi Raja-Raja Melayu”






























                                  Penyerahan Sijil Pendaftaran UIM oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri kepada
                     Tan Sri Prof. Dr Mohd Yusof Noor, Presiden UIM sambil disaksikan oleh Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pelajaran II dan
                                                      Tan Sri Dr. Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha II, Kementarian Pelajaran.


                                                                                      Bingkisan Ucapan Presiden
                                                                        Di Majlis Penyerahan Sijil Pendaftaran UIM
                                                                         Khamis 24 Julai 2014/26 Ramadhan 1435
                                                                         Di Pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri

          YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin
          Timbalan Perdana Menteri Malaysia

               Tetamu dan hadirin sekalian,


                 Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT dan penghargaan serta terima kasih saya dan warga UIM
               khusus kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia selaku Menteri
               Pelajaran dan YB Dato’ Sri Idris Jusoh, Menteri Pelajaran II serta warga Kementerian Pelajaran yang telah
               memberi perhatian istimewa kepada penubuhan UIM.

                 Majlis ini, walaupun sederhana tetapi ia memberikan satu kesan besar kepada masyarakat dan sekali
               gus memberi satu pengertian yang sangat bermakna kepada perhubungan kerajaan dengan institusi
               Raja-Raja Melayu.


                 Kira-kira 50 tahun yang lalu, telah terukir satu sejarah yang sukar berulang, dan mungkin tidak akan
               berulang lagi, apabila tertubuh satu institusi yang pelancarannya dihadiri oleh seluruh Raja-Raja Melayu
               dan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada masa itu, bagi memulakan satu projek pendidikan
               berteraskan Islam yang menggabungkan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, ilmu tradisional dan
               ilmu moden seperti Sains, Sastera dan Pendidikan.


                                                                                            U I M  B U L L E T I N  5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10