Page 6 - Bulletin_3.indd
P. 6

F O K U S







                 Pusat pengajian ini menyaksikan satu keunikan
               apabila melihat kehadiran pelajar atau siswa dari          I Itt was aann uunknowwnn lleeggacyy, came
               setiap negeri di Malaysia, dari Perlis ke Johor,        into surface through wisdom of ouurr
               Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei. Lepasan
                                                                     leaders and; It was just about DAWN of
               pusat pengajian ini juga buat pertama kali diiktiraf
               oleh Universiti Al-Azhar dan beberapa universiti       independence or in other words it was
               di United Kingdom sebagai setaraf dengan              just about 2 years before Merdeka Day
               pemegang ijazah pertama.


                 Ramai yang tidak mengetahui bahawa sebenarnya dalam sejarah tanah air, itulah permulaan integrasi
               dan paduan ilmu Islam dan sekular. Ia merupakan gerakan awalan dalam usaha untuk memerangi
               kejumudan dan sebarang gerakan ekstremisme dalam Islam menerusi pendidikan.

                 It was an unknown legacy, came into surface through wisdom of our leaders and; It was just about DAWN
               of independence or in other words it was just about 2 years before Merdeka Day.

                 Itulah permulaan kelahiran UIM. Bermula di sebuah Istana Kelang, Selangor, yang telah diwakafkan
               oleh DYMM Baginda Almarhum Sultan Hissamuddin pada masa itu bagi tujuan pengajian yang dikenali
               dengan nama Kolej Islam Malaya dan kini dikenali dengan nama UIM, sebuah universiti yang ditubuhkan
               khusus untuk pengajian Pascasiswazah sahaja. Ia dengan sendirinya menjadi keluarga bagi 17 buah pusat
               pengajian lain di dunia yang ditubuhkan khusus untuk Pascasiswazah.

                 Persetujuan  YAB  Tan Sri untuk menyerahkan sendiri watikah penubuhan UIM sebenarnya bukan
               sahaja merupakan satu sejarah dalam konteks perhubungan antara kementerian dengan UIM tetapi ia
               sebenarnya merupakan pengukiran satu sejarah yang luar biasa dalam negara kerana ia melambangkan
               kerjasama dan sokongan padu kerajaan terhadap institusi Raja-Raja Melayu yang mencetuskan institusi
               ini dan untuk menyelamatkan tanah air daripada kejahilan, kejumudan dan ekstremism. Sikap yang
               konsisten oleh kerajaan Malaysia sebegini yang dijelmakan oleh YAB Tan Sri sendiri sangat disanjung
               tinggi oleh kami warga UIM dan insya-Allah UIM akan muncul untuk mengisi satu vakum dalam bidang
               ilmu dan penyelidikan yang berpaksikan kepada sains perbandingan. UIM akan turut menyertai gerakan
               transformasi kerajaan menerusi pembangunan dalam penyelidikan dan program-program akademik
               UIM.

                 Akhirnya dalam meneroka masa depan yang penuh mencabar, setiap kalimah rangsangan daripada
               pihak kerajaan untuk menyokong dan memacu UIM adalah umpama titisan embun pada waktu pagi dan
               sebarang bentuk sumbangan merupakan suntingan tenaga dan amal jariah yang akan dibalas oleh Allah
               dengan kekuatan dan kemenangan.


                 Itulah saja ucapan ringkas saya bagi pihak UIM dan saya mendoakan supaya kerajaan Malaysia di bawah
               pimpinan YAB Perdana Menteri dan YAB Tan Sri sendiri serta barisan anggota kabinet lain terus maju
               dan saya ucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana telah dengan bijaksananya menyelesaikan
               kekusutan yang melanda negara mengenai isu MH17.




















          6     U I M  B U L L E T I N
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11