Page 15 - bulletin_10.indd
P. 15

PERISTIWA 15



             HBI Siri ke-18

             Bicara Konsep Kesejahteraan




                 ell Being atau kesejahteraan merupakan satu topik yang   ialah “The Evolving Concept of Well Being: Utopia Within Reach”.
                 hangat dibicarakan dewasa ini. Di peringkat global, banyak   Dalam sesi ini beliau telah membincangkan dan menerangkan
             Wnegara mengukur tahap kesejahteraan rakyat sebagai   aspek-aspek kesejahteraan kepada hadirin. Beliau merupakan
             salah  satu  langkah  untuk  membentuk dasar-dasar  negara   seorang ilmuwan dalam bidang ini dan telah menghasilkan
             yang baik. Namun begitu, subjek kesejahteraan adalah baharu   beberapa kajian berkaitan.
             di negara ini.  Pelbagai dimensi kesejahteraan dapat diterokai
             menerusi penyelidikan sebagai petanda kepada kemajuan   Siri HBI-18 ini telah berjalan dengan suasana keilmuan apabila
             manusia, kewujudannya, kemasyarakatannya dan kelestarian.  Prof. Dr. Mohd Khalid Mohd Nor, Pengarah Bahagian Projek Khas
                                                                UIM bertindak sebagai moderator.
             Sehubungan itu, UIM sebagai salah satu institusi terulung dalam
             penyelidikan kesejahteraan menerusi sesi Halaqah Bicara Intelek   Majlis HBI siri ini turut mencatatkan satu peristiwa penting
             Siri ke-18 (HBI) pada Selasa, 23 Ogos 2016 telah memilih YBhg   apabila ia diakhiri dengan penganugerahan ‘Dokumen Ilmuwan’
             Prof. Dato’ Dr Sulaiman Mohd Yassin, Pengarah Institute of Well   kepada lima orang peserta terpilih yang telah mengikuti
             Being UIM sebagai Amir Halaqah. Tajuk pembentangan beliau   syarahan HBI ini secara konsisten dari peringkat awal.














             Majlis Penyampaian Wang Zakat oleh


             Bank Bank Islam Malaysia Berhad


             kepada para pascasiswazah UIM





                 ajlis ini telah diadakan pada petang Sabtu, 12 November
                 2016 bertempat di Galeri, Aras G, UIM Cyberjaya. Unit
            MHal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) bersama Bahagian
             Akademik dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar
             (MPP) menjadi  penganjur bersama.  Selaku penyumbang
             utama wang zakat asnaf fi-sabilillah, wakil BIMB iaitu Ketua,
             Perhubungan Pelanggan Strategik, Encik Mohd  Taib A.
             Samad dan Pegawai Syariah BIMB Encik Mohamad Faiz
             Ibrahim telah menyerahkan sebanyak RM650 kepada setiap
             ahli pascasiswazah UIM.

             Dalam ucapannya, Naib Presiden Akademik,  YBhg. Prof. Dato’ Muhamad Muda berpesan supaya ahli-ahli pascasiswazah dapat
             menggunakan sepenuhnya wang sumbangan zakat tersebut bagi membeli buku-buku wisdom yang sukar didapati di tanah air. Buku
             wisdom yang kebanyakannya perlu diimport dari luar negara sememangnya agak mahal dan memerlukan perbelanjaan yang besar.
             Beliau juga berjanji akan mengusahakan pencarian wang zakat kepada para pascasiswazah UIM bagi tahun-tahun berikutnya.
             Manakala YBhg. Prof. Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor selaku Presiden UIM, dalam ucaptamanya telah menyampaikan 10 teras wisdom
             yang dijangka akan dilancarkan pada awal tahun depan.
             Pada majlis  yang  sama juga,  satu  upacara  pelantikan  Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UIM  bagi  sesi 2016/2017 telah  berlangsung.
             Seramai 12 wakil pascasiswazah telah dilantik.
             Kedua-dua majlis ini telah diadakan sewaktu Majlis Hi-Tea bersama Presiden dan merupakan acara tahunan universiti yang turut
             dihadiri oleh pihak pengurusan tertinggi universiti, ahli-ahli pascasiswazah, para felo dan pensyarah. Majlis ini diadakan untuk para
             pascasiswazah sesi lama dan baru berkenal-kenalan dan beramah mesra dengan pihak pengurusan, pensyarah dan felo di samping
             memperkenalkan barisan MPP yang pertama kali dilantik.
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20