Page 14 - bulletin_10.indd
P. 14

14  WAQF



              Majlis Nostalgia Kolej Islam Malaya



              ... dari Kg Jawa, Klang ke Petaling Jaya dan kini di Cyberjaya ...

























                 ajlis Nostalgia KIM untuk siswazah lepasan KIM yang
                 dianjurkan oleh Persatuan Bekasa Siswa Kolej Islam
            MMalaya Selangor (PBSKIMS) telah diadakan pada 15
             hingga 16 Oktober 2016.  Majlis tersebut telah diadakan di
             beberapa tempat sempena mengenang kewujudan KIM
             yang bermula di Kampung Jawa, Klang dan kemudiannya
             berpindah  ke kampus KIM  di Petaling Jaya, Selangor.
             Manakala lokasi di Universiti Islam Malaysia, Cyberjaya
             pula lokasi kelahiran semula KIM dengan nama baharu.

             Sejarah  penubuhan  KIM  amat  menarik  sekali  kerana  ia
             bukan sahaja merupakan sebuah institusi pendidikan
             Islam tertinggi pertama yang ditubuhkan di tanah air
             tetapi  juga  kerana  misteri  penutupannya  yang  hanya
             sempat bernafas untuk tempoh 15 tahun sahaja (1955 –
             1970) dan lebih teruja lagi ialah bagaimana kesungguhan
             siswazah lepasan KIM dengan penuh gigih dan cekal
             berjaya  “menghidupkan” semula  KIM dengan nama
             Universiti Islam Malaysia pada tahun 2014.

             Majlis dimulakan dengan jamuan minum petang dan
             sesi  ramah  mesra.  Diikuti  dengan  lawatan  sekitar  UIM.
             Usai solat Maghrib, tetamu dijemput menikmati jamuan
             makan malam sambil mendengar ucapan pengerusi
             Majlis  Nostalgia KIM, YBhg. Datuk Abdul Manaf Ahmad
             sebelum acara malam tersebut dirasmikan oleh  YBhg.
             Tan Sri Prof Dr Mohd Yusof Noor, Presiden UIM. Kemudian
             majlis diteruskan dengan sesi perkongsian nostalgia oleh
             beberapa wakil lepasan KIM seperti Tn. Hj Zainal Abidin
             Harun.


             Pada hari kedua, tetamu dibawa melawat ke Kolej Islam
             Sultan Ahmad Shah (KISAS).  YBhg Ustaz Hj Omar bin
             Saleh, Pengetua Kolej Islam Sultan Alam Shah telah
             menyampaikan ucapan aluan dalam majlis sambutan. Dr
             Firdaus Ahmad Azzam pula membentangkan Sejarah &
             Status Harta Waqaf Kolej Islam Malaya. Pada sesi petang,
             ahli rombongan di bawah Pusat Matrikulasi UIAM yang
             dahulunya dikenali sebagai Kolej Islam Malaya Petaling
             Jaya.
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19