Page 21 - Bulletin_5.indd
P. 21

// Peristiwa



            Kerjasama Akademik



            dan Penyelidikan UIM






            DALAM NEGERI





                                     niversiti Islam Malaysia telah mengadakan kunjungan
                                     dan siri lawatan ke beberapa agensi bagi mengadakan
                            Ukerjasama akademik dan penyelidikan. Antara agensi-agensi
                            yang dilawati ialah seperti berikut:

                                •   Dewan Bahasa & Pustaka (2 Mac 2015)
                                •   Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (3 Mac 2015)
                                •   Arkib Negara Malaysia (5 Mac 2015)
                                •   Jabatan Agama dan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (14 April 2015)
                                •   Lembaga Zakat Selangor (21 April 2015)
                                •   Perpustakaan Negara Malaysia (5 Mei 2015).
                            Kunjungan dan lawatan ini diuruskan oleh Bahagian Akademik & Perhubungan Antarabangsa.
                            Taklimat telah diberikan oleh YBhg Prof Dr Mohamad Abdul Hamid, Dekan Bahagian Akademik
                            & Perhubungan Antarabangsa dan YBhg. Prof. Dr Noor Inayah Yaakub, Pengarah Global Wisdom
                            Academy dan turut serta ialah En. Mohd Sholihin Mohamad, Penolong Pendaftar Kanan Akademik.
                            Antara bentuk kerjasama yang disetujui bersama adalah seperti berikut:
                                •   Program Akademik di peringkat Kedoktoran Falsafah dan Sarjana
                                •   Program Pembangunan Eksekutif (EDP)
                                •   Pembangunan Staf
                                •   Penyelidikan
                                •   Penerbitan
                                •   Perundingan























            YBhg. Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, Presiden UIM menyampaikan   Delegasi UIM bergambar bersama SS Datuk Dr. Zulkifli
            cenderamata penghargaan kepada YBhg. Dato’ Dr Hj. Awang   bin Mohamad Albakri, Mufti Wilayah Persekutuan selepas
            Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka selepas sesi   perbincangan kerjasama akademik dan penyelidikan UIM dan
            perbincangan kerjasama akademik dan penyelidikan.    Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan





                                                                                                    UIM Bulletin  21
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26