Page 6 - Catalogue UIM 2017
P. 6

Kehakiman Islam dan Mahkamah Syariah



                                          Abdul Monir Yaacob

                                          Di bahagian pertama, buku ini membincangkan tentang konsep kehakiman Islam dan
                                          Sejarah perkembangannya di peringkat permulaan Islam. Seterusnya menjelaskan
                                          tatacara pendakwa dalam Islam; dan etika peguam di Mahkamah Syariah. Bahagian
                                          kedua pula menghuraikan pentadbiran    keadilan di Mahkamah Syariah, serta
                                          pelaksanaan undang-undang Islam dalam Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

                                          Sebahagian kandungan buku ini ialah koleksi kertas-kertas kerja yang telah dibentangkan
                                          dalam seminar dan persidangan beberapa ketika yang lepas. Justeru, akan terdapat
                                          peruntukan undang-undang pentadbiran Agama Islam yang lama yang masih dirujuk
                                          walaupun telah berlaku beberapa pindaan. Ini bertujuan memperlihatkan perkembangan
                                          undang-undang yang telah berlaku yang telah dianalisis supaya ia direkodkan dalam
                                          sejarah perkembangan perundangan Islam dan Mahkamah Syariah di negara ini.
            ISBN: 978-967-13305-0-0
            Year: 2015
            Publisher: UIM Press          Pada bahagian akhir buku ini, terdapat beberapa artikel pendek yang dimuatkan dalam
            Price: RM75.00                bahagian apendiks. Ia merupakan ulasan-ulasan yang dibuat berikutan perkembangan
            Category: Shariah Law         yang berlaku kepada Mahkamah Syariah dan undang-undang Pentadbiran Agama Islam.
                                          Buku amat berguna kepada ahli akademik dan pelajar syariah dan undang-undang;
                                          begitu juga kepada khalayak umum.




















                                                                      | 4 |                                                                                                                                       | 5 |
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11