Page 12 - Catalogue UIM 2017
P. 12

Pedoman Merintis Kesejahteraan



                                          Sulaiman M. Yassin, Raidah Mazuki

                                          Buku ini ditulis sebagai suatu pengenalan dan penjelasan mudah untuk memahami
                                          akan konsep kesejahteraan dan amalan, selain  dapat digunakan sebagai satu petunjuk
                                          kemajuan, keselesaan dan kebahagiaan hidup ahli-ahli komuniti dan masyarakat.
                                          Pengukuran tahap kesejahteraan telah mula digunakan dengan meluas di seluruh
                                          dunia sebagai pengganti pengukuran yang hanya menumpukan kepada perspektif
                                          ekonomi dan tahap pendapatan per kapita atau Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK).
                                          Pengukuran kesejahteraan adalah lebih menyeluruh dan menepati keadaan sebenar
                                          yang dialami oleh individu dan masyarakat.

                                          Latar belakang mengenai kemunculan konsep kesejahteraan serta peningkatan
                                          kepentingannya sebagai kayu pengukur juga dimuatkan dalam buku ini. Lima pedoman
                                          ringkas yang dihuraikan dalam buku ini diharap dapat membantu pembaca memahami
            ISBN: 978-967-13305-8-6
            Year: 2017                    intipati, dimensi-dimensi, skop dan aspek-aspek penting mengenai kesejahteraan dan
            Publisher: UIM Press          fungsinya sebagai petanda dan pengukur keselesaan hidup seseorang individu ataupun
            Price: RM20.00                golongan masyarakat.
            Category: Social
                                          Beberapa contoh indeks dan skala pengukuran yang biasa digunakan oleh badan-badan
                                          antarabangsa dan juga negara-negara terpilih turut dipaparkan dalam buku ini.




















                                                                     | 10 |                                                                                                                                       | 11 |
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17