Page 30 - Bulletin_6.indd
P. 30

// Alumni




              Tanah mulai 1 Ogos 2015. Sistem ini
              merupakan hasil kajian selama tiga
              tahun.

                  Antara lainnya, kajian-kajian
              yang digerakkan oleh beliau
              telah membolehkan nombor kad
              pengenalan menjadi nombor
              rujukan tunggal hak milik
              tanah, penyelesaian kebuntuan
              pendaftaran hak milik di bawah
              perundangan sebelum Kanun
              Tanah Negara ke dalam sistem
              sekarang, pengenalan pengenalan
              bio-metrik untuk semua urusan
              pendaftaran hak milik tanah bagi
              membanteras fraud, penyelesaian
              masalah pendaftaran tanah di
              bawah tanah (stratum). Melalui
              kajian bersama Jabatan Wakaf, Zakat
              dan Haji (JAWHAR) telah berjaya
              menyelesaikan kemelut lama
              pendaftaran tanah-tanah di bawah
              perundangan wakaf mengikut
              sistem perundangan tanah.
                  Sebagai seorang yang aktif
              dalam bidang sukan, sosial dan
              akademik, pernah menjadi Ahli
              Majlis Persatuan Bola Sepak Pahang,
              Ahli Majlis Persatuan Bola Sepak
              Negeri Sembilan dan Penasihat
              Pasukan Lumba Basikal Pahang.
              Beliau juga pernah menduduki
              kerusi EXCO Persatuan untuk Orang
              Buta Malaysia. Beliau ketika ini ialah
              Ahli Lembaga Pengurus Universiti
              Islam Malaysia, Timbalan Presiden
              Persatuan Profesional Tanah Malaysia
              dan Pemegang Amanah Yayasan
              Kolej Islam. Beliau kerap dijemput
              membuat pembentangan isu-
              isu tanah di forum nasional dan
              antarabangsa.


















        30   UIM Bulletin
   25   26   27   28   29   30   31   32