Page 29 - Bulletin_6.indd
P. 29
// Alumni
Setelah meninggalkan KIK,
pada tahun 2002 dipilih sebagai
Yang DiPertua PIBG KISAS. Pada
2007 beliau dipilih sebagai
Presiden Persatuan Kolej Islam
(ALKIS) - menang tanpa bertanding.
Beliau terus memenangi jawatan
tersebut pada pemilihan 2009.
Pada pemilihan 2011, sekali lagi
menang tanpa bertanding. Pada
pemilihan 2013 beliau memilih tidak
bertanding lagi bagi memberi laluan
kepada tokoh-tokoh baharu.
Pada 20 September baru-baru
ini, beliau telah dilantik sebagai
Ketua Pengarah Tanah dan Galian
Persekutuan menggantikan YBhg
Dato’ Sri Azemi bin Kasim yang
telah bersara wajib. Sebelum
ini beliau merupakan Timbalan
Ketua Pengarah Tanah dan Galian
Persekutuan yang merupakan
juga Pengerusi Jawatankuasa
Pencegahan Fraud Urusan Hartanah,
serta Pengerusi Jawatankuasa
Penyelesaian Isu-isu Hakmilik
Strata di peringkat kebangsaan.
Di samping itu beliau ialah
Pengerusi Bersama Focus Group
Registering Property, salah satu
jawatankuasa kecil Pasukan Petugas
Khas Pemudahcara Perniagaan
(PEMUDAH).
Beliau penggerak banyak
kajian bagi menyelesaikan isu-isu
pentadbiran tanah, khususnya
masalah-masalah birokrasi yang
dihadapi oleh rakyat. Antara hasil
kajian yang telah dijadikan dasar dan
amalan baharu pentadbiran tanah
ialah sistem Star Rating Pejabat
Tanah iaitu standard atau norma
dan prosedur seragam urusan-
urusan teras di semua 97 pejabat
tanah di seluruh Semenanjung yang
diamalkan sejak 2012. Isu consent
(kebenaran pindah milik tanah)
telah diselesaikan selepas PEMUDAH
memperakukan sistem e-Consent
yang digunakan di semua Pejabat
UIM Bulletin 29