Page 18 - bulletin_10.indd
P. 18
18 PERISTIWA
Perbincangan Meja Bulat Pakatan Strategik
antara Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dengan
Institusi Pengurusan Islam (IPI)
erbincangan Meja Bulat mengenai pembentukan pakatan strategik antara Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dengan Institusi
Pengurusan Islam (IPI) bersama UIM telah diadakan pada 22 November 2016 bertempat di UIM. Perbincangan ini lebih menekankan
Pkepada aspek penajaan kewangan untuk mengikuti program pengajian pascasiswazah, aktiviti penyelidikan dan konsultansi dan
latihan pembangunan eksekutif dan pengurusan kanan kepada pegawai dan kakitangan MAIN dan IPI.
MAIN dan IPI telah bersetuju memanjangkan perkara ini kepada pengurusan tertinggi masing-masing. Presiden UIM, Tan Sri Prof
Dr Mohd Yusof Noor telah mempengerusikan perbincangan ini dan ia turut dihadiri oleh semua pengurusan tertinggi UIM serta
beberapa wakil MAIN dan IPI.
Antara wakil MAIN dan IPI yang hadir adalah dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR),
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Majlis Agam Islam Melaka (MAIM),
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK).
Perlawanan
Boling Tahunan
Kelab Kebajikan
dan Rekreasi
Kakitangan UIM
ertempat di D’Pulze Shopping Centre,Cyberjaya, seramai
60 orang ahli Kelab Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan
BUniversiti Islam Malaysia telah bersama-sama menjayakan
Pertandingan Boling Tahunan Warga UIM pada 11 November
2016.
Pertandingan yang julung kali ini diadakan dalam suasana
penuh ceria dan semangat kekeluargaan yang tinggi. Majlis
dimulakan dengan balingan perasmian oleh En.Muhamad
Ridzuan Abdul Latif, Pemangku Pendaftar UIM. En.Muhd Arif
Ihtifazuddin dan Cik Noor Fateha Arshad masing-masing
menjadi johan individu bagi kategori lelaki dan wanita. Hadiah
disampaikan kepada para pemenang oleh Penaung Kelab,
YBhg Tan Sri Prof. Dr Mohd Yusof Noor.