Page 5 - bulletin_7.indd
P. 5

// Fokus




            yang besar kepada bukan sahaja siswazah
            dan penyelidik-penyelidik universiti malah
            kepada masyarakat sekeliling dan orang
            awam dalam dan luar negara.

               DYTM juga dalam titahnya
            mengumumkan pewujudan Kerusi
            Jamalullail di UIM sebagai menepati
            kluster penyelidikan yang ada di sini.
            Baginda dalam pada itu juga menitahkan
            sumbangan bagi mewujudkan Anjung
            Perlis khusus bagi kemudahan bahan
            bacaan di perpustakaan ini.

               Perpustakaan ini juga bukan sahaja
            yang pertama disumbang oleh sebuah
            institusi kewangan negara kepada
            sebuah institusi pengajian tinggi malah
            penubuhannya dapat memperjelaskan
            kewangan Islam dengan lebih mendalam
            terutama dalam mengaplikasi kebijaksanaan
            melalui ilmu kewangan Islam tersebut.
            Pengetahuan dan kebijaksanaan ini akhirnya
            turut mempengaruhi cara hidup seseorang.

               Kerjasama antara Universiti Islam
            Malaysia dengan CIMB Islamic ini amatlah
            bertepatan dan perlu diteruskan dan besar
            harapan kedua-dua pihak, kerjasama ini
            akan terus menyumbang kepada semua
            golongan masyarakat.








































                                                                                                    UIM Bulletin  5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10