Page 26 - Bulletin_3.indd
P. 26

P E R S O N  A L I T I  &  A L U M N I






          Jasamu Dikenang




                                                        YBHG. TUAN HAJI MOHD PUZI BIN HAJI DAHMAN

                                                                        (Alumni Kolej Islam Klang – 1975)


                                                                Tambah menarik, kejayaan pasukan bahas KIK yang diwakili
                                                                beliau dan sahabat karibnya berjaya mempertahankan
                                                                Piala Pusingan, Piala Perdana Menteri selama empat tahun
                                                                berturut-turut. Beliau turut dikenali dengan kemahirannya
                                                                bermain bola sepak. Kebolehannya dalam menggasak
                                                                dan membaca corak penghantaran bola turut menjadikan
                                                                beliau digeruni  oleh pihak lawan.

                                                                Dari situ, beliau mula mengorak langkah melanjutkan
                                                                Ijazah pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
                                                                dalam bidang Pengajian Islam dan berjaya memperoleh
                                                                Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Pengajian Islam).
                                                                Kekaguman beliau terhadap peribadi insan bernama
                                                                YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor selaku Timbalan Naib
                                                                Canselor UKM pada ketika itu bermula apabila Mohd Puzi
                                                                bin Hj. Dahman diberi mandat untuk menjadi Timbalan
                                                                Presiden, Majlis Persatuan Mahasiswa. Amanah ini
                                                                memerlukan beliau untuk berhubungan terus dengan
                   enyusuri perjalanan hidup seorang anak       barisan kepimpinan atasan universiti.
                   kampung bernama Mohd Puzi bin Hj. Dahman
          M beliau telah menempuh pelbagai rentas               Mengimbas kenangan awal beliau di lapangan karier,
          pengalaman kehidupan. Dilahirkan di Pokok Sena, Kepala   beliau telah memulakan tugas pertamanya sebagai
          Batas, Pulau Pinang pada 3 April 1955. Beliau mendapat   Penolong Pendaftar di Universiti Sains Malaysia selama
          pendidikan formal di Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah.   enam bulan sebelum melanjutkan Diploma dan Kursus
          Setelah empat tahun menimba ilmu di Maktab Mahmud,    Kepimpinan & Pengurusan  Tinggi di Institut  Tadbiran
          Alor Setar, Kedah beliau seterusnya menyambung        Awam Negara (INTAN). Bermula pada tahun 1982,
          pengajian menengah atas di Kolej Islam Klang pada tahun   beliau memulakan tugas rasminya sebagai Pegawai
          1974.  Pada ketika itu, reputasi dan imej Kolej Islam Klang   Tadbir Diplomatik (PTD) dan berkhidmat di Kementerian
          telah ditonjolkan sebagai sebuah pusat pengajian tinggi   Luar Negeri Malaysia. Kemuncak kariernya sepanjang
          Islam yang cemerlang di rantau ini. Bahkan, Kolej Islam   berkhidmat dengan  Kementerian Luar Negeri Malaysia
          Klang juga telah melahirkan ramai tokoh yang berwibawa   selama 28 tahun berakhir pada tahun 2009 dengan
          dan para intelek yang memegang jawatan-jawatan        memikul tanggungjawab sebagai  Timbalan Ketua
          penting di dalam negara pada ketika ini.              Pengarah (Bahagian ASEAN) walaupun ditawarkan
                                                                jawatan Duta Besar di Kedutaan Besar Malaysia.
          Semenjak dari zaman belia, Mohd Puzi merupakan
          seorang individu yang popular. Beliau dikenali kerana   Mengimbas kembali jawatan-jawatan yang pernah
          ketokohannya dan penglibatan aktif kokurikulum yang   disandang oleh Mohd Puzi sekitar tahun 1982 hingga
          akhirnya membawa kepada pelantikan beliau sebagai     2010, beliau telah diberi kepercayaan dalam memikul
          ‘Head Boy of KIK’ atau Ketua Pelajar KIK tahun 1975.

          Kebolehan dan kepetahan beliau berbahas telah
          membuka peluang kepadanya menjadi salah seorang
          ahli Kelab Bahas KIK yang dikagumi ramai. Kemuncak
          terhadap  kebolehannya, pada 3 Ogos 1975  pasukan
          pembahas KIK yang diwakili oleh beliau dan dua sahabat
          karibnya iaitu   YBhg. Dato’ Othman Desa (Pengarah
          Komunikasi Korporat, Universiti Islam Malaysia) dan YBhg.
          Datuk Dr Elias Zakaria (Mantan Pengarah Pusat Islam
          USM) telah mengharumkan nama KIK dengan kejayaan
          mereka merebut Piala Pusingan, Piala Perdana Menteri
          Pertandingan Akhir Perbahasan.

          26    U I M  B U L L E T I N
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30