Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/muimmy/public_html/v4/administrator/components/com_dpcalendar/helpers/dpcalendar.php on line 1311
UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA - UIM - UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA - UIM



Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/muimmy/public_html/v4/libraries/nextend2/nextend/library/libraries/assets/less/lessc.php on line 674

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/muimmy/public_html/v4/libraries/nextend2/nextend/library/libraries/assets/less/lessc.php on line 1755

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/muimmy/public_html/v4/libraries/nextend2/nextend/library/libraries/assets/less/lessc.php on line 2429

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/muimmy/public_html/v4/libraries/nextend2/nextend/library/libraries/assets/less/lessc.php on line 2490

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/muimmy/public_html/v4/libraries/nextend2/nextend/library/libraries/assets/less/lessc.php on line 3318
Slider

Antara kaedah mengukur “kecerdikan” sesebuah negara secara umum ialah dengan melihat sejauh mana keberkesanan sistem pendidikannya. Dalam sistem ini, pengajian tinggi adalah salah satu daripada badan yang dipercayai untuk mendidik dan mengasuh pelajar sehingga menjadi graduan atau mahasiswa yang berilmu dan berdisiplin serta dapat memajukan negara.

Antara kaedah mengukur “kecerdikan” sesebuah negara secara umum ialah dengan melihat sejauh mana keberkesanan sistem pendidikannya. Dalam sistem ini, pengajian tinggi adalah salah satu daripada badan yang dipercayai untuk mendidik dan mengasuh pelajar sehingga menjadi graduan atau mahasiswa yang berilmu dan berdisiplin serta dapat memajukan negara.

Negara yang dikatakan paling terkehadapan dari segi tahap pendidikan rakyatnya di dunia ialah Kanada, diikuti dengan Jepun, Israel, Korea dan United Kingdom (UK). Dalam senarai ini, Amerika Syarikat (AS) menduduki tempat keenam dalam sepuluh senarai world most educated countries walaupun lapan daripada 10 universiti terbaik di dunia berada di AS. Bilangan graduan di AS pula menjangkau jutaan orang, misalnya 3.9 juta graduan pada 2016-2017. China pula, sungguhpun tidak tersenarai dalam senarai ini, tetapi mengraduasikan lebih 7.5 juta graduan pada 2018.

Ini menunjukkan betapa ramainya jumlah graduan yang bergraduasi setiap tahun di seluruh dunia. Saban tahun, semua universiti meraikan kejayaan graduannya dalam satu majlis yang dikenali sebagai majlis graduasi atau majlis konvokesyen. Istilah konvokesyen secara umumnya, dari segi bahasa bermaksud sekumpulan orang yang berkumpul dalam jumlah yang besar dalam bentuk formal. Dalam bidang akademik, konvokesyen adalah satu bentuk perkumpulan akademik yang dilakukan pada masa yang ditentukan oleh pihak pengurusan universiti yang dilihat sebagai satu perkumpulan moden yang dianjurkan oleh semua fakulti untuk meraikan graduan. Hari ini, ketua universiti seperti Naib Canselor, Rektor atau Presiden adalah individu yang memberi hadiah dan penghargaan kepada graduan dalam majlis konvokesyen, yang sekaligus menzahirkan keupayaan yang telah dicapai oleh graduan.

Di Malaysia, bulan November dan Disember adalah “musim” graduasi pelbagai universiti dan semua graduan, ibu bapa dan pensyarah serta staf universiti sama-sama meraikan kejayaan “anak-anak” masing-masing dengan kesyukuran dan harapan yang tinggi. Bagi pihak pengurusan university, majlis konvokesyen tambah bermakna jika itu adalah majlis julung kali bagi universiti berkenaan.

Itulah perasaan seluruh warga Universiti Islam Malaysia (UIM) yang pertama kali meraikan graduan “kelahiran sendiri” serta Majlis Pemasyuran Canselor yang menyaksikan Tan Sri Dato’ Seri Utama (Dr) Arshad Ayub dimasyurkan seagai Canselor UIM. Lebih membanggakan, majlis konvokesyen kali pertama kali ini juga turut menyaksikan empat orang graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah dan lapan penerima Ijazah Sarjana. Majlis penuh makna yang berlangsung pada 7 Disember lepas bertempat di Dewan Auditorium, UIM, Cyberjaya. Mereka adalah graduan dari pelbagai bidang termasuklah bidang perbandingan kewangan, undang-undang, pengurusan dan warisan.

Keunikan UIM ditutur tertib oleh Naib Canselor UIM Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda dalam ucapan beliau di majlis gilang-gemilang ini. Menurut Muhamad Muda, UIM adalah sebuah universiti pasca siswazah terawal di rantau ini yang menekankan kepentingan perkongsian ilmu pengetahuan melalui pengilmiahan ilmu pengetahuan dan pengalaman. Ini menjadikan graduan UIM sebagai graduan yang bukan semata-mata mengejar segulung ijazah untuk peningkatan kerjaya tetapi amat menghargai nilai keilmuan, pengetahuan dan kebijaksanaan.

Sejak mendapat kelulusan untuk beroperasi sebagai sebuah universiti pada 2014, UIM berfungsi sebagai universiti pasca siswazah yang menawarkan lapan program di peringkat sarjana dan doktor falsafah yang diiktiraf. Di samping itu, UIM juga sedang mengorak langkah menawarkan pengajian di peringkat pra siswazah yang akan bermula pada 2020 yang merangkumi tujuh program pengajian iaitu tiga di peringkat sarjana muda dan empat di peringkat diploma dalam bidang-bidang seperti perakaunan, pentadbiran muamalat, kewangan Islam, pentadbiran korporat dan pengurusan kefatwaan.

Selari dengan ajaran Islam yang sentiasa berusaha memudahkan urusan orang lain, UIM juga menubuhkan tabung biasiswa dikenali sebagai Tabung Kahrul Ummah yang mengumpul dana bagi memberi biasiawa dan bantuan kewangan kepada bakal pelajar. Sehingga kini, tabung ini telah berjaya mendana 30 orang pelajar sarjana dan doktor falsafah melalui sumbangan Kursi Jamalullail dan CIMB Islamic. Pada masa hadapan, tabung ini berhasrat menyediakan sekurang-kurangnya 100 dana bagi membiayai pelajar-pelajar UIM yang memerlukan.

Dengan usaha yang dilaksanakan UIM, kita semua berharap agar UIM terus berjaya melahirkan lebih ramai graduan terutama graduan pasca siswazah yang berkualiti tinggi selari dengan keperluan universiti dan negara. Sungguhpun kita sedar usaha ini memerlukan strategi dan usaha yang istiqamah dari semua pihak, kita yakin UIM akan berjaya maju selari dengan keutamaan menuntut ilmu yang dianjurkan dalam Islam berkat janji Allah yang mengangkat darjat mereka yang berilmu sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran:

 “Allah menyatakan bahwasannya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Q.S Ali Imran :18)

Serta Rasulallah juga pernah bersabda:

 “Sesungguhnya Allah mengangkat dengan Al-Quran beberapa kaum dan Allah pun merendahkan beberapa kaum dengannya.” [Hadis Riwayat Muslim (no. 817)].

Semoga lebih ramai graduan yang lahir dari UIM dan sekaligus mengangkat martabat umat Islam seluruhnya, serta kembali “memberi” kepada rakyat Malaysia melalui paduan pengetahuan dan pengalaman yang tidak pernah ada jurangnya.

 

Oleh:

Dr Siti Suriani Othman
Universiti Sains Islam Malaysia