Bengkel Pra-Pelan Strategik Universiti Islam Malaysia, Cyberjaya yang berlangsung dari 19-21hb Ogos 2019 di Galeria aras G, Bangunan UIM Cyberjaya telah dirasmikan oleh YBhg Presiden UIM, Prof Dato Dr Muhamad Muda pada 19hb Ogos 2019. Bengkel yang melibatkan Bahagian Pendaftar, Akademik dan Kewangan ini diadakan bertujuan merangka pelan strategik bagi semua bahagian dalam tempoh 5 tahun.
YBhg Presiden di dalam ucapan perasmiannya berharap agar semua warga kerja UIM dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada siszawah secara khusus dan syarikat secara umum.
Diharapkan bengkel ini dapat membantu UIM menyasarkan program-program ilmiah dan masyarakat bukan sahaja kepada masyarakat setempat malahan juga kepada negara. Bengkel akan berakhir pada 21hb Ogos 2019 dengan setiap bahagian mempersembahkan perancangan masing-masing.