Jawatan kosong( Academic )

IKLAN JAWATAN KOSONG

TIMBALAN NAIB CANSELOR

(PENYELIDIKAN, KONSULTANSI DAN PENGKOMERSILAN) 

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan, Konsultansi & Pengkomersilan) di Universiti Islam Malaysia (UIM).

 

Jawatan

:

Timbalan Naib Canselor

(Penyelidikan, Konsultansi & Pengkomersilan)

Skim Perkhidmatan

:

Pengurusan 

Kumpulan Perkhidmatan

:

Pengurusan dan profesional

Kelayakan

:

Berkebolehan memimpin dan mengurus pentadbiran berkaitan Hal Ehwal Penyelidikan, Konsultansi dan Pengkomersilan

Kriteria umum :- 

Kriteria umum adalah berdasarkan Garis Panduan dan kriteria pemilihan IPT;

a)  Kecemerlangan Akademik

Penyandang mestilah mempunyai kelayakan PhD, mempunyai rekod cemerlang dalam penyelidikan, penerbitan jurnal berwasit antarabangsa, inovasi dalam pengajaran dan cemerlang dalam khidmat prefesional.

 

b)  Kebolehan Memimpin Dan Mengurus

Penyandang mestilah people skills yang boleh meneraju transformasi, mempunyai gagasan, visi dan misi serta mampu menggerakkan komuniti kampus ke arah budaya kecemerlangan akademik. Ditambah dengan kemahiran komunikasi dan  interpersonal  yang mantap. Pengalaman dan rekod cemerlang pimpinan akademik merupakan antara ciri utama dalam menetukan kebolehmampuan calon.

 

c)  Personaliti

Penyandang mestilah seorang yang berwibawa, berkarisma, bersahsiah tinggi, team player, serta mempunyai motivasi dalaman untuk memacu kecemerlangan universiti. Calon juga mestilah memahami aspirasi negara untuk memajukan modal insan bermentaliti kelas pertama.  

 

Kriteria khusus :-

a)    Pengalaman Membida Projek

     Penyandang perlu mempunyai pengalaman dalam menjalankan penyelidikan sebagai penyelidik utama (PI) dan turut menjadi peneraju IPT masing-masing untuk membida dana penyelidikan dari dalam dan luar negara.

     b)    Mahir Mensintesis Instrumen Komitmen Penyelidikan

Penyandang mestilah mahir mengenai instrumen komitmen penyelidikan dan menunjukkan rekod cemerlang mentransformasi penyelidikan sekurang-kurangnya di peringkat institut, centre of excellence (CoE) untuk fakulti. 

c)    Mempunyai Jaringan Hubungan Yang Luar

Penyandang mestilah mempunyai jaringan hubungan yang luas dengan industri di peringkat serantau dan

antarabangsa. Ini kerana selain bertanggungjawab mendapatkan projek dan geran penyelidikan dari sektor awam dan

swasta, penyandang juga bertanggungjawab mempromosikan dan mengkomersilkan hasil-hasil penyelidikan di dalam

dan luar nagara.

 

d)    Berkemampuan dalam Menguruskan Aktiviti Berkaitan Harta Intelek

     Penyandang mestilah seorang individu yang mampu menguruskan aktiviti yang berkaitan dengan harta intelek seperti penghasilan harta intelek dan latihan yang berkaitan. Ini adalah penting kerana pengurusan hubungan industri yang berkesan akan memberi pulangan kepada universiti melalui perlesenan dan pengkomersilan.

 

e)    Cemerlang dalam Penyelidikan, Penerbitan dan Urusan Pengkomersilan

Penyandang mestilah mempunyai pengalaman yang luas pengkomersilan produk penyelidikan, mempunyai track record dalam penyelidikan serta penghasilan artikel berkualiti dalam jurnal berwasit agar penyandang mempunyai reputasi tinggi dan dihormati oleh kelompok setaraf.

f)     Berpengalaman Sebagai Penyelia

Penyandang mestilah mempunyai rekod yang cemerlang dalam penyeliaan pasca-siswazah (Sarjana &PhD) terutama dalam mod penyelidikan. Ini kerana penyandang bertanggungjawab menentukan halatuju penyelidikan universiti dan menerapkan ‘research culture’ dikalangan ahli akademik dan penyelidik.

 

PERHATIAN KEPADA PEMOHON 

a.               Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.

b.               Salinan Key performance indicators tahun terbaru (sekiranya ada).

c.        Hanya permohonan yang ditapis dan disenaraikan akan dipanggil untuk temuduga.  

                                d.        Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

 

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar secara atas talian(online) resume, salinan kad pengenalan dan sijil-sijil berkaitan sebelum 30 Oktober 2019 kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau secara pos kepada :

Universiti Islam Malaysia

Blok I, Bangunan MKN Embassy Techzone,

Jalan Teknokrat 2, Cyberjaya, Selangor.

 

 

 

 

 

Contact Us

Universiti Islam Malaysia
Blok I, Bangunan MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2,
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.

 +603-8324 6666 | 
 +603-8324 6600
© 2018 UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA